ANDA PENGUNJUNG YANG KE-

Saturday 29 December 2012

KISAH LUAR BIASA "PUAN ZIE"

29 Disember 2012

 Puan Zie Turun 9.8 kg

Untuk pengetahuan semua Puan Zie ni hanyalah seorang  suri rumahtangga yang tinggal di  sebuah kampung di Daerah Besut Terengganu. Suami Puan Zie adalah kerja yang biasa-biasa aje kerjanya (balik sebulan sekali).

Telah banyak kali Puan Zie melalui dan melintasi depan studio aerobik D'Aora Fitness tetapi takut nak masuk sebab dia nampak depan studio penuh dengan deretan kereta mewah,dia pula hanya wanita biasa yg hanya pakai proton saga yg entah berapa orang dah owner sebelumnya.

So Puan Zie ni rasa sangat rendah diri,takut dan malu untuk menjejakkan kaki ke D'Aora, tetapi melalui cerita2 orang tentang D'Aora maka, pada suatu hari,puan zie gagahkan kaki juga ke D'Aora dan atur janji temu dgn staff saya untuk berjumpa saya.pertama kali jumpa Puan Zie..

Saya sangat  simpati melihat keadaannya. Puan Zie nampak sgt rendah diri,kulit gelap dan kusam serta kasar,badannya sgt gemuk dgn berat badan 83kg,melihat keadaan puan zie saya dah tahu setakat mana kemampuan dan apa keingginan puan zie,saya tawarkan pakej ekonomi yang tgh saya offer pada masa tuu..dengan  bayaran tak sampai pun rm1000.

Maka Puan Zie pun mendaftar utk program pada keesokan harinya,kini selepas 3 minggu menjalani program puan Zie telah turun sebanyak 9.8kg,Puan Zie memberitahu saya beliau berazam utk turunkan lagi berat badan beliau sehingga ke 52kg. 

Puan Zie bagi tau  saya.."saya nak slim dan cantik macam k.ra"saya jawab.."insyaallah, Zie bukan sahaja slim macam k.Ra tapi Zie juga akan jadi lebih  cantik dari k.Ea,kerana hakikatnya Zie lebih cantik dari k.Ra".dan yg kelakarnya puan Zie..terkelip2 macam tak percaya..

bersambung.....