ANDA PENGUNJUNG YANG KE-

Sunday 29 April 2012

" BELLY DANCE "

" BELLY DANCE "...UNTUK PARA ISTERI MASAKINI

Senaman Belly Dance Mengembalikan Kewanitaan Anda...Cubalah Belly Dance Bersama D'Aora

HARI KHAMIS ADALAH HARI UNTUK BELLY DANCE

MEMBUAT LINK PADA TEKS
JOM BELLY DANCE...  

Senaman BELLY DANCING adalah  senaman yang boleh menghiburkan hati....cubalah Sekarang!

Saturday 28 April 2012

D'Aora Fitness Centre : Sejarah

Assalamualaikum
                     D'Aora Fitness Centre (DFC) memulakan operasi pada tahun 2007 di lokasi ALor Lintang Besut Terengganu. Pengasas D'Aora adalah Ms Aora yang telah menceburi bidang fitness ini lebih 20 tahun.
                       Pada awalnya, ahli D'Aora hanyalah terdiri daripada sekelompok  peserta yang inginkan penjagaan kesihatan dan beriadah secara konsisten.
                    Masa berlalu dengan pantas dan kini Nama D'Aora Aerobic mula dikenali di seluruh daerah Besut dan di Terengganu.Malah di luar Terengganu pun nama D'Aora telah mula dikenali terutama yang terlibat dalam industri Fitness dan Kecergasan ini
                     Kini Keahlian D'Aora seramai 500 orang dan turut membuka keahlian kepada peserta lelaki juga. Setiap hari Isnin (malam Selasa) dan hari Rabu(malam Khamis) diadakan Kelas Campur dengan berkonsepkan "STEP AEROBIC"...

Friday 27 April 2012

Jadual Bellydance D'Aora

BELLYDANCE WORKOUT SETIAP HARI KHAMIS: 5.30 - 6.30 PM

IMPAK MAKSIMA BELLYDANCE :MISS D'AORA 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua Ladies.......

Tahun 2011 adalah tahun ke-5 D'Aora Aerobic menyediakan perkhidmatan Senaman & Kecergasan untuk wanita di Daerah ini. Buat julung-julung kalinya, D'Aora Fitness Day telah menyatukan ahli D'Aora yang seramai 500 orang dalam satu majlis yang cukup meriah dan harmoni.

       Tahukah anda! Siapa yang telah dinobatkan sebagai ahli D'Aora yang paling berjaya menurunkan berat badan paling banyak? Beliau telah berjaya menurunkan berat sebanyak hampir 29 kg hasil senaman Bellydancing Power.
Nantikan Kisah dan Pengalaman Puan K Su dalam menurunkan Berat Badan Melalui Program Power Bellydance dalam siri berikutnya.
Miss D'Aora 2011
K Su

D'AORA BELLYDANCE
Foto: Miss D'Aora 2011 (Duduk: K Su (Miss D'Aora) Belakang: dari kiri (Miss Bellydance: Aina), Miss Ceria D'Aora Cik Molly dan Miss Anggun D'Aora Pn Nor








NAK KURUS CARA D'AORA?



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

NAK KURUS CARA D'AORA?
Hi, Ladies!

Impian untuk  KURUS @ SLIM adalah menjadi Perhatian dan Attractive untuk golongan wanita hari ini. Wanita yang mementingkan Penampilan,, Gaya, Mutu & Keanggunan tentunya mempunyai kaedah untuk mencapai impian tersebut. Adakah Anda mempunyai idea yang GILA atau GILA-GILA untuk kurus?...
          Dalam akhbar tempatan, banyak disiarkan berita Penggunaan Alatan dan Ubat-Ubatan untuk membuatkan kita menjadi KURUS @ SLIM. D'Aora Fitness amat prihatin dan simpati dengan masalah yang membelenggu kaum wanita yang asyik tertipu dan terpedaya. iIroninya, disebalik kejadian yang menimpa mangsa satu isu yang timbul ialah isu HELAH pusat Slimmimg yang PENIPU @ PEROSAK.
         Jika diceritakan semula kes atau pengalaman mangsa-mangsa yang pernah mengalami masalah ini, sudah tentu RAMAI YANG INGIN TAHU?
... nantikan Kupasan Dari D'AORA AEROBIC berdasarkan pengalaman  menangani kes "Nak Kurus"

HARGAI INSAN DI SISI ANDA.......


FOR LADIES........
"Ingin mendapatkan Lengan Yang Kecil, Dada Yang Terletak, Perut Yang Ramping dan Punggung Yang Lentik,..... cubalah BELLYDANCING"...D'AORA AEROBIC

Tuesday 24 April 2012

LOSE WEIGHT PROGRAM WITH D'AORA

ANDA MAHU KURUS? D'AORA ADA CARA ISTIMEWA UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN ANDA....
Jom Kurus Cara D'Aora....call 017-7069818 / 013-9197574

JOM! BELLYDANCE WITH D'AORA

D'Aora Bellydance, Tembusi Rahsia Wanita

Rutin saya yang tak dapat dipisahkan sehingga sekarang adalah ‘senaman bellydancing’. Senaman ini berasaskan tarian bellydancing yang sebanar. Pasang lagu Shakira yang berirama padang pasir sarat dengan gendang dan tabla, atau diimprovisasikan dengan muzik disko dan hip hop.

Si penari bellydancing akan melentikkan dan meliuk lentukkan bahagian perut dan punggung selain men ‘crumping’ bahagian dada. Yang pasti tarian bellydancing banyak khasiatnya yang membantu saya dari segi kesihatan, dan jua sosiologi. Selain bellydancing, ia juga boleh dianggap sebagai satu permainan otot kerana si penari bellydancing harus fasih dengan otot mana harus dikecut dan dikembangkan dalam sesuatu step tarian. Mari tambah info apa itu bellydancing.


Bellydancing adalah nama Barat dan tarian gelek di sebut dikalangan bangsa Melayu yang diberikan untuk suatu jenis tarian Arab yang dibangunkan di Timur Tengah. Di Eropah, ia kadang-kadang digelar tarian oriental. Sesetengah pemuja Amerika hanya merujukkannya sebagai “Tarian Timur Tengah”or “dance of the east”. Dan di Hong Kong, ia dipanggil “Shimpoli Carmi” (“Tarian Matahari”).

Dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai raqs sharqi رقص شرقي (“tarian timur”) atau kadang-kadang raqs baladi رقص بلدي (tarian “kebangsaan” or “rakyat“). Istilah “raqs sharqi” mungkin berasal dari Mesir.


Para penari Raqs Sharqi menginternalise dan mengekspres perasaan yang dievoke oleh muzik. Secara sesuai, muzik adalah terpenting bagi tarian. Bak kata Shakira, “my Hips Don’t Lie”. Secara semulajadi badan penari bellydancing akan ‘terangsang’ dengan muzik dan rentak yang betul sebelum dapat menari. Basically means, bellydancing adalah tarian yang disatukan dengan lentuk badan. Para penari Raqs Sharqi yang tertarik hati adalah yang dapat projectkan perasaan mereka sepanjang tarian, walaupun tarian mereka terdiri dari gerakan mudah. Tujuan penari adalah untuk berhubung secara visual ke para penonton emosi dan rentak muzik. Ini terutamanya ternampak sewaktu solo portion gendang pada suatu persembahan.

Kelebihan bellydancing adalah zahir dan batin. Tarian memperolehi senaman cardio-vascular yang bagus dan bantu menambahkan flexibiliti dan kekuatan, mengfokus pada torso atau “core muscles”, walaupun ia juga membina kekuatan peha. Banyak gaya tarian menekankan “isolations” otot, mengajar kebolehan untuk menggerakkan berbagai otot atau kelompok otot secara berdikari. Tudung, selendang, payung (aksesori lain) boleh juga membina kekuatan lengan, bahu dan badan-atas umum, dan bermain zils dapat membina kekuatan dan keberdikarian jari. bellydancing juga sesuai untuk semua jenis usia dan badan, dan boleh juga menjadi fizikal dengan sebagaimana penyerta memilih.
Dengan itu, bellydancing dapat mengetatkan otot di bahagian perut, punggung dan dada. Ia menjadi tarian yang popular di Indonesia dalam mengikat sang suami untuk terus melekat di rumah daripada melepak di kedai-kedai kopi. Buat isteri-isteri yang mahukan cengkaman yang kuat dan ketat dalam rutin hubungan intim suami isteri, bellydancing juga mampu mengetatkan otot faraj. Ia memudahkan penyembuhan ibu-ibu selepas bersalin dan menutup pintu rahim kembali rapat. Ini kerana di dalam bellydance sendiri si penari harus mengemut dan mencengkam otot bak Inul ketika menari gerudi. Tambahan pula, tarian gelek ini merapatkan hubungan pasangan dan keluarga kerana hanya si suami dan keluarga yang dapat melihat ‘persembahan’ gelek dari sang wanita seperti budaya Arab yang menggelarkan isteri-isteri ini sebagai ‘wanita baik’ bagi wanita arab pula,tahu bellydancing adalah satu kewajipan bagi si isteri,adalah satu keaiban bagi budaya mereka jika wanita tidak tahu bellydancing,wanita yg tidak tahu,tidak mahu dan malas mengamalkan tarian ini dianggap wanita yang tidak tahu menjadi isteri dan wanita yang sempurna dan baik bagi suami,kerana mereka menganggap wanita yang begini tidak mampu mencegah suami dari dari kemungkaran.
Ketika menari bellydancing, seluruh tubuh penari akan bergerak dan menyebabkan pembakaran lemak yang banyak serta pengeluaran peluh. Begitu juga ketika saat-saat sesuatu otot dicengkam kerana menahannya dari bergerak ketika otot bahagian lain yang bergelek. Misalnya, menggelekkan punggung tapi mencengkam otot dada dari bergerak. Dari sudut kesihatan, ia dapat meningkatkan aliran darah, denyutan jantung, menguruskan badan dan menghilangkan stress. Dengan berpeluh, ia dapat mengeluarkan toksin-toksin kotor dalam badan dan ini dapat mengurangkan masalah jerawat dan menghasilkan kulit yang bercahaya dan cantik.
Menari lentik memerlukan penari berdiri tegak dan ada kalanya berjalan serta melompat kecil dalam tarian. Ia dapat menghasilkan postur badan yang betul. Berpakaian seksi ketika menari (sesame jantina) dan mempunyai tubuh yang mantap akan meningkatkan keyakinan dan sensuality. bellydancing yang penuh gemalai juga meningkatkan kewanitaan, kelembutan dan kemulusan seseorang perempuuan
Bellydancing berbeza dengan workout di gym, bellydancing akan menghasilkan’otot perempuan’. Berbanding otot maskulin seperti wrestler W.W.F, otot perempuan ini terhasil pada bahagian-bahagian tertentu saja di badan. Ingin mendapatkan lengan yang kecil, dada yang terletak, perut yang ramping dan punggung yang lentik, cubalah bellydancing.
Menyedari betapa besarnya kelebihan dan keistimewaan senaman ini kepada golongan gadis,ibu –ibu dan kaum wanita keseluruhannya,D,Aora fitness centre dibesut terengganu telah mempermudahkan movement tarian bellydancing dan mereka satu jenis senaman bellydancing yang bersesuaian dengan konsep fitness,kerana D,Aora Fitness sentiasa melakukan penambahbaikan kepada konsep senaman dari semasa ke semasa serta bergiat cergas mempromosikan senaman ini kepada semua golongan wanita di semua peringkat usia.Jom kita amalkan senaman ini “JADIKANLAH DIRI KITA WANITA YANG SEBENAR BENARNYA WANITA MENGIKUT FITRAH KEJADIAN KITA”
 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
D'Aora  Owner bersama Miss D'Aora 2011 iaitu Miss Suryati @ Kak Su yang dinobatkan sebagai pemenang pada Majlis D'Aora Fitness Day (DFD)
 D'AORA FITNESS DI TALIAN 017-7069818.
Kami juga menyediakan kursus dan bengkel bellydancing bagi yang berminat mendalami dan mempelajarinya.

ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAHI WABARAKATUH & SALAM SEJAHTERA

D'AORA BELLYDANCE
 ( KELAS TARIAN & SENAMAN EKSLUSIF UNTUK WANITA FEMININ)
..........................................

D'AORA BELLYDANCE MENAMPILKAN RUTIN SENAMAN YANG FUN, HAPPY & FEMININ

KUNJUNGI FACEBOOK D'AORA:
https://www.facebook.com/daora.aerobic

KUNJUNGI JUGA D'AORA YOUTUBE:
http://www.youtube.com/user/daoraerobik