ANDA PENGUNJUNG YANG KE-

Saturday 29 December 2012

KISAH LUAR BIASA "PUAN ZIE"

29 Disember 2012

 Puan Zie Turun 9.8 kg

Untuk pengetahuan semua Puan Zie ni hanyalah seorang  suri rumahtangga yang tinggal di  sebuah kampung di Daerah Besut Terengganu. Suami Puan Zie adalah kerja yang biasa-biasa aje kerjanya (balik sebulan sekali).

Telah banyak kali Puan Zie melalui dan melintasi depan studio aerobik D'Aora Fitness tetapi takut nak masuk sebab dia nampak depan studio penuh dengan deretan kereta mewah,dia pula hanya wanita biasa yg hanya pakai proton saga yg entah berapa orang dah owner sebelumnya.

So Puan Zie ni rasa sangat rendah diri,takut dan malu untuk menjejakkan kaki ke D'Aora, tetapi melalui cerita2 orang tentang D'Aora maka, pada suatu hari,puan zie gagahkan kaki juga ke D'Aora dan atur janji temu dgn staff saya untuk berjumpa saya.pertama kali jumpa Puan Zie..

Saya sangat  simpati melihat keadaannya. Puan Zie nampak sgt rendah diri,kulit gelap dan kusam serta kasar,badannya sgt gemuk dgn berat badan 83kg,melihat keadaan puan zie saya dah tahu setakat mana kemampuan dan apa keingginan puan zie,saya tawarkan pakej ekonomi yang tgh saya offer pada masa tuu..dengan  bayaran tak sampai pun rm1000.

Maka Puan Zie pun mendaftar utk program pada keesokan harinya,kini selepas 3 minggu menjalani program puan Zie telah turun sebanyak 9.8kg,Puan Zie memberitahu saya beliau berazam utk turunkan lagi berat badan beliau sehingga ke 52kg. 

Puan Zie bagi tau  saya.."saya nak slim dan cantik macam k.ra"saya jawab.."insyaallah, Zie bukan sahaja slim macam k.Ra tapi Zie juga akan jadi lebih  cantik dari k.Ea,kerana hakikatnya Zie lebih cantik dari k.Ra".dan yg kelakarnya puan Zie..terkelip2 macam tak percaya..

bersambung..... 

Saturday 28 July 2012

Pengalaman D'Aora Bersama Belly Dancer Class Dunia "ASENA

ASENA ....
Wow! Amazing & Great Moment!... Itulah perasaan D'Aora tatkala menyaksikan Persembahan Asena.

Asena adalah antara salah seorang Belly Dancer yang terhebat dan paling Famous di Dunia . Di negara Turki, beliau adalah antara yang paling Top. Menyaksikan persembahan Asena di depan mata adalah satu pengalaman yang cukup hebat.

Selama ini D'Aora cuma memasang impian untuk menemui Asena yang mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Bayangkanlah, laman YouTube Show Asena ditontoni oleh lebih 20 juta orang. Kan hebat sangat tu!

Ya, setelah tiba di Istanbul, dan
Segala urusan selesai maka D'Aora berjaya menemui Asena untuk mempelajari "Pure Belly Dance Turkish Style" yang hebat dan memukau.

Tq Asena for great time at Istanbul.

Kelebihan Berpuasa

Salam Ramadhan....
Alhamdulillah , dah hampir seminggu kita menjalani ibadat Puasa. Macammana rasa? Bagus... Ke tak Bagus?...apa pun Puasa menjadikan kita manusia yang sabar dan tabah. Di samping menahan lapar dan dahaga, Puasa sebenarnya mendidik kita Tentang 'Diet' yang sangat hebat. Bayangkan, dalam setahun kita diwajibkan 'diet' pada waktu siang hari selama sebulan pada bulan Ramadhan. ...dapatkah kita mendalami hal ini. Bagi Pengamal Kecergasan dan Fitness seperti D'Aora Fitness, 'Diet' secara berpuasa adalah cara terbaik untuk cergas sebenarnya. Kita telah makan dengan berselera selama 11 bulan, maka selama 1 bulan kita diwajibkan puasa yang sebenarnya bertujuan merehatkan organ dalaman kita.

" Selamat Berpuasa "

Friday 15 June 2012

PENGALAMAN ' DI ISTANBUL

Kisah Pengalaman di ISTANBUL TURKIYE yang menakjubkan...

"Istanbul" adalah ibu Kota Lama bagi negara Turki. Dulu Istanbul digelar 'Constantinople". Jarak Perjalanan sejauh 10000 km antara Kuala Lumpur Malaysia  dan Kota Istanbul Turkiye mengambil masa 10 jam 25 minit melalui Penerbangan MAS. Waduh ! Lama lah sangat tu. Ya! Perjalanan jauh dan terus menerus dan melintasi beberapa negara untuk tiba di Attaturk Airport Istanbul. Alhamdulillah, Pesawat MAS selamat tiba di Kota Istanbul jam 6.30 pg waktu Turki. ( waktu di KL jam 12.30 tgh).Beza masa antara Malaysia dengan Turki ialah Tolak 6 jam. 

Penerbangan MAS berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Menikmati Pemandangan Indah dari Udara di Ruang Udara Kuala Lumpur Malaysia
Di ruang Udara Negara Iran setelah separuh perjalanan
Pada waktu Subuh di Ruang Udara Iran
Pada Ketinggian 15000 kaki. Suhu di luar pesawat adalah -50 ' Celcius
Pemeriksaan Tiket dan Passport di Istanbul Airport Turkiye


Pemeriksaan Pasport oleh Imigresen Turkiye   

Saturday 19 May 2012

PENGALAMAN D'AORA BERSIARAN DALAM "WANITA HARI INI (TV3)"

Wanita Hari Ini TV3
Alhamdulillah dan Syukur keHadrat Illahi.

   D'Aora memunajatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah atas kurniaaNya. Di kesempatan waktu ini, D'Aora ingin berkongsi pengalaman dan kisah Bersama "Wanita Hari Ini TV3". 
   Pada 16 Mei 2012, D'Aora telah bersiaran dalam satu Slot Rancangan yang Popular di Tanah air iaitu Rancangan Wanita hari Ini TV3" (WHITv3). Rancangan ini bersiaran dari Jam 12.00 tgh hingga 1.00 pm. Apa yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan di sini adalah pengalaman semasa menjayakan "PowerLatino Workout" dalam Slot WHITv3.
Bersama Ym Tg Norehan 

  Idea pencetus kepada "WHITv3" adalah daripada Pengasas BODYPOWER FITNESS iaitu Ym Tg Norehan Tg Kadir dari kota Bharu Kelantan. Sebelum ini beliau telah bersiaran dalam Slot WHI dengan berkonsepkan "Belly Bhangra Fitness dance". Untuk slot WHI pada 16 Mei 2012, beliau mempelawa rakan-rakan yang pernah menyertai PAIC (kursus Proffesional Instruktor anjuran BodyPower).

Ym Tg Norehan (BodyPower Fitness Kota Bharu Kelantan)
    Pada satu hari (larut malam), D'Aora menerima satu panggilan dari Ym Tg Norehan untuk mempelawa D'Aora membuat persembahan "Live" depan Tv. "Jom Ra!" kata Kak Hea. "Kak Hea nak ajak Ra buat show kat Wanita Hari Ini TV3" kata Kak Hea. Saya terdiam dan kaget seketika. "WoW! TV3" balas saya. "Biar Betul Kak Hea" saya membalas. "Ya! Tv3 Ra.Kak Hea baru dapat call dari Tv3 tadi" ujar Kak Hea. "Ok! Boleh Kak Hea" saya memberi keputusan bersetuju. Lantas saya memberitahu suami akan undangan Kak Hea tadi dan suami bersetuju dan mengizinkan.
          
    Dalam perjalanan ke Airport Sultan Ismail Petra bersama Rakan (Cik Molly), saya terserempak dengan seseorang yang tidak diundang dan saya amat terkejut melihat akan dirinya yang macam (@#$$%@%*). Lantas, berlaku episod yang tidak disangka-sangka iaitu orang itu berkelakuan seperti (@%@$# *@&@*). Cik Molly yang berada di sisi saya naik hangin dan mengajak saya Beredar dari tempat itu. "Ya Allah ..." kata ku dalam hati."Kuatkan hatiku, Lindungilah hamba Mu ini dari gangguan syaitan yang direjam"...Doa ku dalam hati. 

Ym Tg Norehan
   Tak berapa lama selepas kami beredar, muncullah Kak Hea. Setelah diceritakan peristiwa yang berlaku sebentar tadi, Kak Hea mengucap panjang. "Astagfirullah......" ucap Kak Hea. Apabila tiba waktu untuk masuk ke Balai Berlepas, maka saya dan Kak Hea terus menuju ke Parkir menunggu menaiki Pesawat MAS ke Kuala lumpur.Penerbangan ke KL berjalan lancar dan tiada gangguan.

Bersama Datin Azam Johan (tengah)
   Setibanya di KLIA, terus kami ambil teksi Airport dan menuju ke tempat Penginapan. Di sana rakan-rakan telah sedia menunggu ketibaaan kami. Pada petang itu, kami bersiar-siar bersama BMWx3 rakan yang menetap di Kota Raya Kuala Lumpur. Kak Hea membuat pengumuman untuk mengadakan "Reherseal"  "POWER LATINO WORKOUT" pada sebelah malam. 

    Pada malam itu,kami menuju ke Sri Pentas Tv3.Lantas kami menuju ke bilik Practise. Kami berlatih dan berlatih hingga malam. Maklumlah nak masuk Tv3. "Practice make Perfect". Itulah Slogan yang terpampang di cermin Bilik Practice Sri Pentas Tv3.

   


Rakan-rakan yang bersama nampak happy dan gembira dengan latihan dan reherseal yang diadakan tadi. "Tak sangka ya, saya dapat jemputan daripada Kak Kea! I rasa nak menjerit, sebab seronok sangat dapat keluar kat WHI" kata Datin Azam dengan gembira.

Datin Azam Johan







  "Terima kasihlah Kak Hea, memang tak sangka boleh join team yang hebat ni" kata Kapten Fatemawaty kepada Kak Hea. 

  "Terima Kasih Kapten, kita sama-sama share apa kita dapat" kata Kak Hea. Norhayati daripada Kedah pula berkata "Tak sangka dapat join Team Bodypower yang best ni". 


Kak Fana dari D'Fana Fitness
 
"Terima kasih banyak-banyak Kak Hea sebab jemput Fana join team ni. Best sangat-sangat!" ujar D'Fana kepada Kak .Hea. Kak Hea hanya tersenyum dan merenung kami dengan penuh harapan dan kepercayaan. 



   "Terima kasih Kak Hea" kata ku kepada Kak Hea. "Semoga Allah meluaskan rezeki dan melimpahkan banyak kurniaan kepada Kak Hea sekeluarga" doaku dalam hati.. .

       Setelah selesai latihan di Sri Pentas, saya kembali ke hotel Penginapan bersama Kak Hea. Setelah selesai solat dan terus ke kamar empuk untuk berehat dan terus tertidur kepenatan setelah selesai sesi latihan tadi.

   Selepas Breakfast, kami menuju ke Sri Pentas Tv3 dan Kak Hea terus menghubungi Penerbit Rancangan WHI untuk persediaan "Latino Power workout". 
Bersama Krew TV3 dan Rakan-Rakan

Bersama rakan-rakan : dari kiri: Kapten Fatemawaty, Datin Azam Johan & D'Fana
    Saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tepat jam 12.00 tgh. "Ok! Ready! Camera Action!.arahan dari penerbit. Wah! dah "On Air"..debar hati ku berdebar. Kami melakukan Demo "Latino Power Workout" sekarang dan jutaan penonton menyaksikan persembahan kami. "Wah! Bangganya!" tentu Ibu ku sedang menyaksikan persembahanku di kaca tv sekarang. Lensa Kamera memfokuskan kepada kami dan Kini wajah ku Bersiaran di Angkasa dan muncul di kaca Tv3 rumah rakyat Malaysia. Wah! Bagaikan mimpi tapi itulah realiti bagi D'Aora bersama Bodypower Fitness.

  Setelah selesai shooting, lega dan puas dirasakan. Segala yang dirancang menjadi dan berjalan lancar. Alhamdulillah. Syukur kepada Mu Ya Tuhanku Ya Rabbi.

Media Prima TV3

Pose di Sri Pentas tv3

Bersama Rakan D'Fana Fitnez (Perak)


Bersama Coach terhebat Kak Hea (Bodypower Fitness) dari Kota Bharu Kelantan
TERIMA KASIH KAK HEA (BODYPOWER FITNESS) ATAS UNDANGAN KE " POWERLATINO WORKOUT"  DALAM WANITA HARI INI TV3.

Thursday 10 May 2012

KISAH LUAR BIASA HEBAT 4.0: "McMaa" BARU JUMPA D'AORA TERUS 'SLIM'...

"McMaa"...sebelum dan selepas: Beliau mula mengenali D'Aora setelah melihat Persembahan SHOW Belly Dancing D'Aora
Hi, Ladies....!

Nantikan Kisah Luar Biasa Hebat yang terjadi pada seorang Wanita yang berjaya mencapai BERAT IDEAL...

Wednesday 9 May 2012

NAK KURUS? APA PENYELESAIANNYA?...JOM! JOM! KE D'AORA....

D'Aora membantu anda mengatasi Obesiti, Jomlah sekarang!

Hi! Ladies..

Apa yang anda fikirkan tentang NAK KURUS?....Apa kah yang anda Buat tentang NAK KURUS?...Apa yang anda RASA tentang NAK KURUS?  dan Apakah yang anda BERTINDAK tentang NAK KURUS?...

Tentu Pelbagai Perkara berlegar-legar dalam Minda anda. D'AOra tahu sangat dengan perkara ini dan sentiasa memikirkan tentang inisiatif untuk membantu Kaum Wanita yang mengalami masalah ini. Jomlah ke D'AOra Fitness untuk mendapatkan khidmat nasihat dan Program yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda itu.

JOM LAH KE D"AORA....
call: 017-7069818/0139197574

KISAH LUAR BIASA 3.0: CIK MOLLY "PENGGEMAR UBAT KURUS TEGAR" CUMA AMBIL MASA 8 MINGGU UNTUK SLIM " BERSAMA D'AORA"

Cik Molly sebelum dan selepas

Hi, ladies!

Tuesday 8 May 2012

STUDIO AEROBIK D'AORA MENAWARKAN "WORKOUT AEROBIK YANG "MEMENUHI CITARASA WANITA"

Kemudahan Parking Untuk Peserta yang lapang dan luas. Jom ! Aerobik bersama D'Aora

Jam 5.30-6.30 pm Di Studio D'Aora Fitness Centre Alor Lintang Besut terengganu
Hi, Ladies.....

Selamat Berkunjung ke Laman Blog D'Aora. Di Studio Aerobik D'Aora operasi Fitness untuk Kelas Aerobik bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Pada waktu itu, kelas Aerobik adalah diisi dengan Rutin Senaman yang terdapat dalam jadual waktu seprti di bawah.

Jadual kelas Aerobik dalam Seminggu
Bagi peserta yang datang berkenderaan, jangan risau tentang macam mana nak letak Parking kenderaan anda. Di hadapan Studio D'Aora terdapat kawasan "car park" yang selesa dan luas. Tidak menjadi masalah untuk peserta meletak kenderaan. Ianya Selesa, Luas dan Terhampir dengan Studio. D'Aora menyediakan Keselesaan yang tidak terhingga kepada Peserta kerana D'Aora tahu peserta Aerobik yang datang ke Studio D'Aora adalah mereka yang mahukan yang "TERBAIK". 

So, kedatangan anda ke Studio Aerobik D'Aora adalah amat dialu-alukan dan sebenarnya anda telah membuat Langkah Yang Betul dalam Menjaga Kesihatan dan anda sebenarnya telah memilih gaya Hidup yang Sihat iaitu Bersenam Bersama D'Aora Fitness.  

D'Aora Fitness mengucapkan Syabas & Tahniah kepada Ahli-Ahli D'Aora yang terus berAerobik bersama D'AOra Dari Dulu dan Kini.
D'AORA BERSEDIA MEMBANTU SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBANTU DIRI ANDA. 
JOMLAH! AEROBIK BERSAMA D'AORA UNTUK SIHAT, SLIM, ANGGUN DAN CERIA. SEMOGA ANDA SEMUA BERBAHAGIA YA!

##################################

D'AORA FITNESS CENTRE
CALL: 017-7069818/013-9197574

Monday 7 May 2012

PROGRAM HOT! KURUS CARA D'AORA (KCD)

Jom ! D'Aora Aerobik menyediakan Program KURUS CARA D'AORA 2012
PROGRAM KURUS CARA D'AORA 
SLIM D'AORA STYLE  

##################################


Hi..Salam Sejahtera semua...

SOALAN DAN PERSOALAN?

ADAKAH ANDA MAHU KURUS?
ADAKAH ANDA MAHU SLIM?
ADAKAH ANDA MAHU CANTIK?
ADAKAH ANDA MAHU BERGAYA?
ADAKAH ANDA MAHU DAPATKAN BERAT IDEAL?

D'AORA FITNESS SEDIA MEMBANTU ANDA!

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


PERIHAL PROGRAM D'AORA


BAGAIMANAKAH PROGRAM YANG D'AORA TAWARKAN?...

begini ceritanya..........
Program D'AORA ini dinamakan...



PROGRAM SLIM D'AORA STYLE (SDS)

Dari Saiz XXL ke  saiz L, saiz M, Saiz S atau Xs

Berat Badan Peserta Akan sentiasa ditimbang

Peserta Akan Diajar Cara Makan dan mengamalkan Diet Pemakanan Yang Sihat dan Seimbang

Peserta akan mendapati Result yang Hebat Dan WOW!!

Apa yang Peserta akan dapati ialah Ukuran Pinggang, Perut dan Kerampingan Badan Akan HEBAT!!!

Sistem Slim D'Aora Style berkonsepkan 1 -on- 1. Peserta akan dibimbing sehingga berjaya. Motivasi, Rangsangan untuk "Pushes The limit", Dorongan dan Panduan akan sentiasa diberi kepada peserta. Peserta akan mendapat perkhidmatan yang terbaik setimpal dengan Wang yang Dikeluarkan.' The Money you Give is the Result What you get". Apa yang Peserta perlu adalah "SELF CONFIDENT' yang Tinggi dan "DISIPLIN'  untuk mencapai "GOAL" iaitu "TARGET WEIGHT'.....

JOM! JOM! SERTAI SLIM D'AORA STYLE SEKARANG!
BANYAK MANFAAT YANG AKAN ANDA NIKMATI


KELAS STEPBOARD CAMPUR UNTUK WANITA & LELAKI KINI TERDAPAT DI D'AORA FITNESS. JOMLAH SEKARANG!!

KELAS STEPBOARD diadakan 2 kali seminggu untuk Lelaki & Perempuan

Sunday 6 May 2012

JADUAL WAKTU D'AORA

Jadual Kelas Aerobik D'Aora 2012
Hi Ladies!....

Jom Aerobik bersama D'AOra Fitness


Kelas Aerobik D'AOra bermula jam 5.30pm - 6.30 pm ya. Tempat Aerobik ialah di Studio Aerobik D'Aora yang terletak di lot 2916, Lorong Seri kemunting 1, Kg Gong Kepas , Alor Lintang Besut Terengganu. Lokasi studio mudah di cari kerana terdapat banyak papan tanda sekiranya anda berada di jalan Besar Kg Raja-Jerteh.

 KELAS BERMULA : 5.30 PM - 6.30 PM
KELAS BERMULA JAM 5.30 PM - 6.30 PM


HARI AHAD: 
ZUMBA FITNESS D'AORA STYLE/BELLY DANCING FITNESS D'AORA STYLE

Hari Ahad ialah kelas Zumba Fitness Style D'Aora dan Di Add dengan Belly Dancing D'Aora Style

D'Aora Fitness adalah satu-satunya Studio Aerobik di Daerah Besut yang berlesen dan mempunyai kelayakan Daripada ZumbA

zUMBA IT'S FUN, ZUMBA IT'S  FITNESS 
Di Besut Terengganu, D'Aora Fitness adalah satu-satunya Studio Aerobik yang berlesen dan mempunyai kelayakan Daripada Zumba International.

Zumba  Fitness D'AOra Style sangat menarik dan mampu membakar kalori yang tinggi dan cepat. bayangkan kita dapat menari, melompat dan menggoyangkan tubuh kita mengikut alunan muzik Zumba yang tersendiri . Zumba  ialah Movement yang dapat membentuk SHAPE yang menarik dan mantap

###############################################################################
BELLY DANCING FITNESS D'AORA STYLE

 BELLY DANCING WORKOUT STYLE D'AORA ADALAH YANG DISESUAIKAN DENGAN DISIPLIN DALAM FITNESS. SETIAP PERGERAKAN YANG DIBUAT ADALAH MENGIKUT RENTAK DAN BPM DALAM ALUNAN MUZIK. KESAN SENAMAN BELLY DANCE ANDA AKAN KELIHATAN AYU DAN JELITA SEPERTI PELAKON HINDI.

Ramai Peserta Kelas Aerobik D'Aora adalah peminat Belly Dancing








################################################################################


HARI ISNIN IALAH KELAS UNTUK STEPBOARD.