![]() |
Cik Molly sebelum dan selepas |
Hi, ladies!
KISAH LUAR BIASA 3.0: CIK MOLLY
Kali ini saya akan mengkisahkan satu kisah yang bertajuk KISAH LUAR BIASA 3.0: CIK MOLLY. Kisah Cik Molly adalah kisah yang melibatkan beberapa isu dan permasalahan yang lazimnya melibatkan wanita yang sangat OBSES untuk KURUS! Cik Molly adalah salah seorang pendatang Baru dalam D'Aora Fitness Centre ini. Beliau mula menyertai Kelas Aerobik D'Aora pada awal 2010. Pada masa itu, beliau mengetahui nama D'AOra Melalui rakan-rakannya yang kerap berceritakan mengenai Kelas Aerobik di D'Aora Fitness.
![]() |
Impian Cik Molly macam ini |
Majalah ini tidak pernah 'Missed" dan dibeli oleh Cik Molly.
Memang itulah titik Tumpuan Cik Molly , beliau membelek membaca dan meneliti satu persatu ubat kurus atau ubat pelangsing yang menjadi minat atau perhatiannya. Berdasarkan penerangan dan cerita testimoni yang dipaparkan dalam iklan tersebut, Cik Molly amat mudah dan amat tertarik untuk mencuba UBAT KURUS yang diiklankan itu. Cik Molly tidak berkira tentang wang Ringgit. Baginya wang Ringgit bukan Halangan. 'Ahhh! Tak ada duit, Boleh Pinjam Bank"....kata Cik Molly sendirian.
![]() |
Cik Molly sebelum ke D'Aora Fitness 69 kg |

![]() |
Iklan Beautyful yang menarik perhatian Cik Molly |