ANDA PENGUNJUNG YANG KE-

Saturday 19 May 2012

PENGALAMAN D'AORA BERSIARAN DALAM "WANITA HARI INI (TV3)"

Wanita Hari Ini TV3
Alhamdulillah dan Syukur keHadrat Illahi.

   D'Aora memunajatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah atas kurniaaNya. Di kesempatan waktu ini, D'Aora ingin berkongsi pengalaman dan kisah Bersama "Wanita Hari Ini TV3". 
   Pada 16 Mei 2012, D'Aora telah bersiaran dalam satu Slot Rancangan yang Popular di Tanah air iaitu Rancangan Wanita hari Ini TV3" (WHITv3). Rancangan ini bersiaran dari Jam 12.00 tgh hingga 1.00 pm. Apa yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan di sini adalah pengalaman semasa menjayakan "PowerLatino Workout" dalam Slot WHITv3.
Bersama Ym Tg Norehan 

  Idea pencetus kepada "WHITv3" adalah daripada Pengasas BODYPOWER FITNESS iaitu Ym Tg Norehan Tg Kadir dari kota Bharu Kelantan. Sebelum ini beliau telah bersiaran dalam Slot WHI dengan berkonsepkan "Belly Bhangra Fitness dance". Untuk slot WHI pada 16 Mei 2012, beliau mempelawa rakan-rakan yang pernah menyertai PAIC (kursus Proffesional Instruktor anjuran BodyPower).

Ym Tg Norehan (BodyPower Fitness Kota Bharu Kelantan)
    Pada satu hari (larut malam), D'Aora menerima satu panggilan dari Ym Tg Norehan untuk mempelawa D'Aora membuat persembahan "Live" depan Tv. "Jom Ra!" kata Kak Hea. "Kak Hea nak ajak Ra buat show kat Wanita Hari Ini TV3" kata Kak Hea. Saya terdiam dan kaget seketika. "WoW! TV3" balas saya. "Biar Betul Kak Hea" saya membalas. "Ya! Tv3 Ra.Kak Hea baru dapat call dari Tv3 tadi" ujar Kak Hea. "Ok! Boleh Kak Hea" saya memberi keputusan bersetuju. Lantas saya memberitahu suami akan undangan Kak Hea tadi dan suami bersetuju dan mengizinkan.
          
    Dalam perjalanan ke Airport Sultan Ismail Petra bersama Rakan (Cik Molly), saya terserempak dengan seseorang yang tidak diundang dan saya amat terkejut melihat akan dirinya yang macam (@#$$%@%*). Lantas, berlaku episod yang tidak disangka-sangka iaitu orang itu berkelakuan seperti (@%@$# *@&@*). Cik Molly yang berada di sisi saya naik hangin dan mengajak saya Beredar dari tempat itu. "Ya Allah ..." kata ku dalam hati."Kuatkan hatiku, Lindungilah hamba Mu ini dari gangguan syaitan yang direjam"...Doa ku dalam hati. 

Ym Tg Norehan
   Tak berapa lama selepas kami beredar, muncullah Kak Hea. Setelah diceritakan peristiwa yang berlaku sebentar tadi, Kak Hea mengucap panjang. "Astagfirullah......" ucap Kak Hea. Apabila tiba waktu untuk masuk ke Balai Berlepas, maka saya dan Kak Hea terus menuju ke Parkir menunggu menaiki Pesawat MAS ke Kuala lumpur.Penerbangan ke KL berjalan lancar dan tiada gangguan.

Bersama Datin Azam Johan (tengah)
   Setibanya di KLIA, terus kami ambil teksi Airport dan menuju ke tempat Penginapan. Di sana rakan-rakan telah sedia menunggu ketibaaan kami. Pada petang itu, kami bersiar-siar bersama BMWx3 rakan yang menetap di Kota Raya Kuala Lumpur. Kak Hea membuat pengumuman untuk mengadakan "Reherseal"  "POWER LATINO WORKOUT" pada sebelah malam. 

    Pada malam itu,kami menuju ke Sri Pentas Tv3.Lantas kami menuju ke bilik Practise. Kami berlatih dan berlatih hingga malam. Maklumlah nak masuk Tv3. "Practice make Perfect". Itulah Slogan yang terpampang di cermin Bilik Practice Sri Pentas Tv3.

   


Rakan-rakan yang bersama nampak happy dan gembira dengan latihan dan reherseal yang diadakan tadi. "Tak sangka ya, saya dapat jemputan daripada Kak Kea! I rasa nak menjerit, sebab seronok sangat dapat keluar kat WHI" kata Datin Azam dengan gembira.

Datin Azam Johan







  "Terima kasihlah Kak Hea, memang tak sangka boleh join team yang hebat ni" kata Kapten Fatemawaty kepada Kak Hea. 

  "Terima Kasih Kapten, kita sama-sama share apa kita dapat" kata Kak Hea. Norhayati daripada Kedah pula berkata "Tak sangka dapat join Team Bodypower yang best ni". 


Kak Fana dari D'Fana Fitness
 
"Terima kasih banyak-banyak Kak Hea sebab jemput Fana join team ni. Best sangat-sangat!" ujar D'Fana kepada Kak .Hea. Kak Hea hanya tersenyum dan merenung kami dengan penuh harapan dan kepercayaan. 



   "Terima kasih Kak Hea" kata ku kepada Kak Hea. "Semoga Allah meluaskan rezeki dan melimpahkan banyak kurniaan kepada Kak Hea sekeluarga" doaku dalam hati.. .

       Setelah selesai latihan di Sri Pentas, saya kembali ke hotel Penginapan bersama Kak Hea. Setelah selesai solat dan terus ke kamar empuk untuk berehat dan terus tertidur kepenatan setelah selesai sesi latihan tadi.

   Selepas Breakfast, kami menuju ke Sri Pentas Tv3 dan Kak Hea terus menghubungi Penerbit Rancangan WHI untuk persediaan "Latino Power workout". 
Bersama Krew TV3 dan Rakan-Rakan

Bersama rakan-rakan : dari kiri: Kapten Fatemawaty, Datin Azam Johan & D'Fana
    Saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tepat jam 12.00 tgh. "Ok! Ready! Camera Action!.arahan dari penerbit. Wah! dah "On Air"..debar hati ku berdebar. Kami melakukan Demo "Latino Power Workout" sekarang dan jutaan penonton menyaksikan persembahan kami. "Wah! Bangganya!" tentu Ibu ku sedang menyaksikan persembahanku di kaca tv sekarang. Lensa Kamera memfokuskan kepada kami dan Kini wajah ku Bersiaran di Angkasa dan muncul di kaca Tv3 rumah rakyat Malaysia. Wah! Bagaikan mimpi tapi itulah realiti bagi D'Aora bersama Bodypower Fitness.

  Setelah selesai shooting, lega dan puas dirasakan. Segala yang dirancang menjadi dan berjalan lancar. Alhamdulillah. Syukur kepada Mu Ya Tuhanku Ya Rabbi.

Media Prima TV3

Pose di Sri Pentas tv3

Bersama Rakan D'Fana Fitnez (Perak)


Bersama Coach terhebat Kak Hea (Bodypower Fitness) dari Kota Bharu Kelantan
TERIMA KASIH KAK HEA (BODYPOWER FITNESS) ATAS UNDANGAN KE " POWERLATINO WORKOUT"  DALAM WANITA HARI INI TV3.

D'AORA FITNESS CENTRE
KG GONG KEPAS DALAM, 
ALOR LINTANG , BESUT TERENGGANU
CALL: 017-7069818/013-9197574
Menawarkan Perkhidmatan Berikut:
1. Kelas Aerobik Wanita & Lelaki
2. Program Menguruskan Badan (Lose Weight Program)
3. Jualan Pakaian Aerobik dan accesories
4. Perkhidmatan Rundingcara Diet Pemakanan dan Kesihatan
5. Perkhidmatan Spa & Facial/saloon