ANDA PENGUNJUNG YANG KE-

Saturday 5 May 2012

KISAH LUAR BIASA HEBAT 2.0: K.SU ( BEFORE & AFTER)

K.SU kini mendapat Berat Badan Ideal hanya di D'Aora Fitness Centre

"Jika kita mempunyai pemikiran yang betul tiada apa yang dapat menghalangi kita untuk mendapat kejayaan "fitness goals". Usaha adalah tangga kejayaan . Tiada halangan hanyalah peluang" ".....Puan Suryati ( K.Su) dari 99 kg ke 59 kg

SEBELUM MENGENALI D'AORA FITNESS 

Puan Suryati @ K.SU, usahawanita Berjaya dan terkenal di Daerah ini adalah seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Penglibatan K.SU dalam bidang perniagaan menyebabkan beliau kurang berkesempatan untuk menjaga Penampilan berat badan sehinggakan beliau terjebak dengan masalah Berat Badan Berlebihan.

Beliau langsung tidak mengenali sebelum ini. Baginya, D'Aora Fitness adalah studio aerobik yang Biasa-Biasa Saja. Tiada studio yang lebih baik selain tempat aerobik yang diikuti oleh K.SU sebelum ini iaitu tempat aerobik yang berdekatan dengan kediamannya. Selama bertahun-tahun dan sekian lama lah K.SU mengikuti kelas di situ tanpa mendapat Impak Yang Sepatutnya dalam usaha K.SU menurunkan berat badan. Heran betul K.SU! yang sepatutnya, semakin kerap mengikuti kelas aerobik atau workout fitness maka berat kita semakin menurun. Badan kita semakin slim, lengan kita semakin kecil, perut kita pejal, paha kita gebu dan body kita montok....tetapi Tiada apa yang Turun Dalam berat Badan K.SU....

Sehinggalah pada satu hari (Bulan Februari), seorang (Datin Seri Besut) Teman baik K.Su mempelawa K.SU ke Studio D'AOra Fitness yang didakwanya "Best Sangat". Ok! kata K.SU. Dengan gaya "Selamba Dance"..K.SU datanglah ke  D'AOra dan bersualah dengan Owner D'Aora buat pertama kali. UHHH!...Boleh ke dia? Okay Ke Dia.." Getus K.SU dalam hati.

Hari Pertama K.SU menghadiri kelas Aerobik di Studio D'Aora ternyata amat "terkesan" dalam dirinya. Terasa best sangat! dan "Ummphhh" macam Teh Boh. Esoknya, K.Su datang lagi seorang diri dan terus mendaftar sebagai ahli D'Aora. K.SU dah terpaut dengan tempat aerobik di sini. K.Su belum pernah attend kelas aerobik yang sebegini Best Fun dan Penuh Energy. Kelas selama 1 jam terasa amat sekejap dan badan berpeluh-peluh berjurai-jurai .  Kelas Aerobik yang K.SU sertai dulu dah ditolak jauh-jauh. Ternyata Instruktor di D'AOra sangat Hebat Berbakat dan Mentor yang Cemerlang. Sahsiahnya pula sangat terpuji. Tiada ruang untuk "Gossip Gossip, Umpat mengumpat, kata mengata"...D'Aora ternyata seorang yang sangat Profesional dan Pakar dalam Fitness. Ilmu nya sangat luas dan mampu mengubah Gaya Hidup seseorang"...K.Su telah men'setkan' jadual K.SU jam 5.30 pm - 6.30 pm untuk kelas aerobik di D'Aora Fitness.Tiada aktiviti lain dah pada waktu itu. Sebesar mana projek pada waktu itu, besar lagi dan penting lagi  kelas Aerobik di D'Aora Studio.

Seminggu Berlalu, K.SU terasa perbezaan dalam diri K.Su. Seluar terasa longgar, pinggang terasa kecil, lengan terasa pejal, perut memejal....Oppsss! apa dah terjadi pada diri ku ini?..K.SU mula bertanya dalam diri. 

Pada satu hari (Bulan April 2011), D'Aora telah membuka Satu Program Menurunkan Berat Badan Cara D'Aora. Tiada ramai yang mengambil kesah akan Program yang bakal menggemparkan 1Malaysia ini. Tanpa segan dan ragu, K.Su telah  mendaftar dan  menjadi peserta Program LWP. Pada masa itu, Pakej yang ditawarkan adalah sangat MURAH!!! Murah Giler!...Bayangkan Pusat Slimming meletakkan harga Berbelas-belas Ribu, kat D'Aora hanya ratusan ringgit sahaja.  

 
K.Su sebelum menyertai D'AOra Lose Weight Program ( 2010)
"Foto Bersama Famili tercinta. Nak bergaya nak melaram, nak Dressing maut macam mana pun tersekat sebab Berat Badan dahh Obess....hati ku berkata ' Ohh Tuhan Ku! Bilakah diriku ini nak SLIM?....aku juga ingin bergaya! aku ingin seperti mereka!...Oh!..Tolongkah hamba Mu ini ya Tuhanku...." Doa K.Su selalu diluahkan nya tetapi, tanpa usaha? tanpa Coach? tanpa mentor? tanpa Tindakann yang betul? Adakah ianya berhasil??

"Bersama Teman Seperjuangan Datin-Datin. dari kiri ialah Datin Seri Setiu manakala yang sebelah kanan sekali ialah Datin Seri Besut"..."K,SU ingin slim seperti mereka!..... naluri K.Su berkata

"Bermacam-macam cara dah saya lakukan untuk kurus, tapi...." ujar K.SU

"Masa ni (2010) makan makan makan....makan tidur kerja....exercise aerobik dah bertahun-tahun tapi berat badan tidak menurun malah makin bertambah. Stress dalam hidup menguasai diri"....ujar K.Su lagi
 SELEPAS MENGIKUTI PROGRAM LOSE WEIGHT D'AORA 
"KUALITI HIDUP   MENINGKAT & PERUBAHAN GAYA HIDUP YANG KETARA  DIALAMI DALAM  DIRI K.SU"
SELEPAS 
"K.SU kini 2012: terukir senyumam tanda kepuasan. Berbaloi Program D'Aora LWP. Berat Ideal K.SU dah tercapai. Terima kasih D'Aora. Selamat tinggal Obes."...K.Su 

CERITA LAH SIKIT K.SU! MACAM MANA K.SU MENJALANI PROGRAM LWP BERSAMA D'AORA? 
Opsss! Cerita nya begini. Tatkala K.Su mula menyertai Program LWP D'AOra banyak dugaan dan halangan yang tiba. Pertama sekali ialah suami K.SU. K.SU langsung tak memberitahu Suami dan anak-anak tentang program ini. Dalam minggu pertama program, K.Su dikehendaki Coach untuk Diet. Bayangkan, dah sekian lama bangun pagi makan, tengahari makan, petang makan, dan malam nak tidur makan. Tup Tup! Coach kata ..."K.SU!..boleh makan ini, jangan makan itu, pagi makan ni, malam makan ni."...Alamak!...lapar! Letih! dan nafsu makan K.Su mula meronta-ronta dan membuak-buak namun minggu pertama berjaya K.Su Harungi.
Berlalu minggu ke-2 bersama D'Aora. K.Su terasa perubahan yang agak ketara dalam diri. Wah!!!. Seluar dah Longgar! Wah!! Saiz Pinggang k.SU dah mengecil!...Biar Betul!....K.Su terus mengikuti Program D'AOra tanpa banyak Soal. Apa yang Coach cakap k.SU terima. K.Su yakin! K.Su yakin akan berjaya mencapai target Weight yang K.Su idamkan. 
Berlalu beberapa minggu. Dah Sebulan Program bersama D'Aora. Suami mula pandang atas bawah. Pandang sekali lepas tu pandang dua kali. Biar Betul, Tok ALif( nama FB suami) ni.! ...Si Qayyum, anak sulung mula memerhatikan K.Su. Tapi dalam hatinya mungkin nak bertanya tapi didiamkan sahaja. K.Su terus mengikuti Program LWP fasa pertama. 
Berlalu fasa pertama dengan beberapa Sesi yang disediakan Coach, K.SU berjaya menurunkan berat sebanyak 10 kg dalam masa beberapa minggu. Biar Betul!....sebelum ini, dah pelbagai cara dan beribu ribu (lemon) duit K.Su kerjakan namun nak turun satu kg pun susah. Ini!...Alhamdulillah!...Syukur Ya Allah....setelah Coach memeriksa timbangan ,,..ternyata K.,Su telah berjaya membuang Lemak Lemak tepu yang Bertempek dalam badan K.Su ini. Alhamdulillah!!
Seterusnya, Coach memeriksa dan mencadangkan K.Su mendapatkan sesi seterusnya yang akan membolehkan K.Su mendapatkan Berat Ideal. 
Selanjutnya , Program LWP yang diikuti oleh K.SU menggunakan kaedah dan Method yang disesuaikan dengan Tahap Metabolisme dan Keperluan Diri K.SU. Program D'Aora ini sebenarnya amat unik dan lebih menjurus kepada Penjanaan Berat Ideal yang Realistik dan mampu dicapai. 
Sepanjang K.Su mengikuti Sesi LWP ini, K.SU mendapati Tiada  Suntikan, Tiada Alkohol dan Tiada Bahan Berunsur Dadah atau bahan Terlarang digunakan. 
Kaedah yang digunakan D'Aora adalah kaedah SEMULAJADI!...So,..K.SU langsung tak bimbang. Apa yang ditekankan oleh D'Aora adalah Perubahan Pemikiran akan mengubah bentuk badan. Pokok pangkal dalam apa-apa Program atau aktiviti yang kita lakukan, adalah apa yang ada dalam fikiran kita.  Berkat Usaha gigih dan Semangat dalam diri K.SU dan pengalaman Coach, terbukti K.SU berjaya mencapai Berat Badan Unggul (Ideal) yang K.SU ingin capai. 
TERIMA KASIH ,D'AORA
TANPA D'AORA MUNGKIN K.SU MASIH DIBUAI ALAM FANA OBESITI.
SELAMAT TINGGAL OBES. 





"Gaya Cleopatra"...macam ni ke gaya Cleopatra di atas kerusi Cleopatra?

"Dulu, jangan harap K.SU nak bergaya depan Lensa kamera"..."Malu Segan dan Tak Sanggup " melihat Saiz XXL k.SU dulu..." 

"Ada gaya Permaisuri tak?.."  Ada gaya la K.Su...

"Rumah Tersergam Indah untuk penghuni yang mementingkan penampilan dan menjaga kesihatan dan sentiasa cergas" ...Rumah Besar, Kereta Mewah , pakaian cantik cantik tidak bermakna jika Berat Obes!...Betul tak?..."


"Kini K.Su mula menjadi  diri sendiri. Selamat Tinggal Obes!"

"Bersama Datin Seri (teman  karib) yang memahami dan sentiasa memberi dorongan untuk K.Su"

Bergaya Melaram dan Posing Posing Selepas Bergelar Miss D'Aora 2011
 HADIAH ISTIMEWA DARI SUAMI TERCINTA UNTUK K.SU BERUPA SEBUAH KERETA IDAMAN NYA SEJAK DULU IAITU "BMW"
"Untuk Suami Tercinta! Isteri Menawan Suami  pun Tertawan"...
SYABAS & TAHNIAH K.SU
&
KENANGAN TERINDAH BERSAMA D'AORA  IALAH DINOBATKAN "MISS D'AORA 2011"
"Inilah saat manis dalam hidup K.Su. Dianugerahkan Miss D'AOra 2011. Foto bersama pengasas D'Aora (Kanan sekali) dan teman-teman seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan galakan untuk mencapai impian K.SU. terima kasih semua!"...terutama sekali untuk pn D'Aora , Coach K.Su"...ujar K.SU