ANDA PENGUNJUNG YANG KE-

Wednesday 11 June 2014

KEMBARA BELLYDANCE DI BUMI TURKEY (episod 1)

Hi..
Kembara Bellydance di Bumi Turkey
Sebaik sahaja Melangkah Turun dari Flight MAS yang terbang selama 10 jam terus dari KLIA ke Attaturk International Airport di Istanbul. Tatkala Musim Panas yang nyaman Beriklim Mediterranean di Istanbul (ala-ala Cuaca seperti di Cameron Highland). Terasa Bersejarahnya berada di Bumi Turkey yang Terkenal sebagai Warisan Sejarah yang hebat . Mengikut sejarah Dunia 3000 tahun BC lagi Bumi Turkey diperintah dan menjadi tumpuan tamadun peradaban dunia seperti kerajaan Saljuk, Kerajaan Rome dan Kerajaan Othmaniah.
    Suasana dan budaya hidup di Kota Raya Istanbul adalah  Separuh Asia dan Separuh Eropah. Terbayang kesah dalam Telenovela TV# iaitu "Cinta Antara Dua Benua" dan Filem Malaysia " Istanbul Aku Datang". Kota Istanbul adalah Kota Sejarah dan Tamadun. Terdapat Banyak Bangunan dan Kota Tinggalan Sejarah Lama yang terpelihara di tengah-tengah kesibukan Kota Istanbul.
   Owh!...Istanbul Terkenal ya dengan Belly Dance dan Belly Dancer yang hebat dan tersohor. Tetapi sebelum pertemuan dengan Belly Dancer Turkey  yang bertaraf  "Superstar" seperti Didem dan Asena saya berkesempatan melawati Istana Topkapi yang Tidak putus-putus dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. Istana Topkapi adalah Tinggalan Sejarah Kerajaan Othmaniah yang berdekatan dengan Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmed) dan Muzium Aya Sephia.